Sistem Turtorial Cerdas Dalam Pengajaran Kaedah Berangka Bagi Penyelesaian Model Matematik Kamiran Dalam Fizik
View/ Open
Date
2000Author
Zarlis, Muhammad
Advisor(s)
Embong, Abdullah
Metadata
Show full item recordAbstract
This research intends to propose a technique of artificial intelligence to be used in developing an Intelligent Tutoring System (ITS) with a numerical method domain for the solution of integral mathematical model in physics. The ITS is derived from an adaptation of some models specially Du Plessis model (Du Plessis, 1995). This, combined with the components from other models like GUIDON model (Clancey, 1987), PUPPE model (Reinhard and Schewe, 1995), and PETRI model (Schroder, 1995) altogether combined to form a more complete model. The main challenge in this research is how to obtain a proper tutorial system that is very interesting and effective. The technique of artificial intelligence, which is used to support this research, is based on the rule-based technique. The methodology of this research is done in several stages. The technique of the artificial intelligence is the most important stage. The following stages are the pedagogy of teaching, creation of model and the design of the system. The pedagogy of teaching includes the aspects of readiness, delivery and evaluation. The design of the system is divided into two components, namely the students' and the teachers' components. Penyelidikan ini bertujuan untuk: mengusulkan suatu teknik kecerdasan buatan dalam membangunkan sebuah Sistem Tutorial Cerdas (STC) dengan domain kaedah berangka bagi penyelesaian model maternatik kamiran dalam fizik. STC yang dibangunkan ini merupakan suatu pendekatan yang diubahsuai daripada beberapa model khususnya model Du Plesis (Du Plessis, 1995). Ini dikombinasikan dengan komponen yang terdapat pada model-model lain seperti model GUIDON (Clancey, 1987), model PUPPE (Reinhardt and Schewe, 1995), dan model PETRI (Schroder, 1995) sehingga menjadi bentuk model yang lebih lengkap. Cabaran utama dalam penyelidikan ini ialah bagaimana memperolehi sebuah sistem tutorial yang lebih menarik dan berkesan. Teknik kecerdasan buatan yang digunakan bagi menyokong penyelidikan ini ialah suatu teknik yang berasaskan peraturan. Pengkaedahan penyelidikan dilakukan dalam beberapa tahap. Teknik kecerdasan buatan merupakan tahap yang paling utama. Tahap berikutnya ialah pedagogik pengajaran, pembuatan model dan reka bentuk sistem. Pedagogik pengajaran mengambil kira aspek persediaan, penyampaian dan penilaian. Reka bentuk system dibahagikan kepada dua komponen, iaitu komponen pelajar dankomponen guru. Hasil daripada penyelidikan ini menunjukkan bahawa teknik kecerdasan buatan yang digunakan dalam membangunkan sistem dapat memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran kaedah berangka bagi penyelesaian model matematik kamiran dalam fizik. Hasil ini telah dianalisis berasaskan kepada pencapaian keupayaan pelajar, keselesaan pelajar bekerja dengan sistem, peningkatan motivasi pelajar, dan kaedah banding dan timbal balik.
Collections
- Master Theses [412]